Tiupan Semangat Pencetus Motivasi


GC SATU PENCETUS SEMANGAT MEMBARA.............


Guru Cemerlang; satu pengiktirafan dan penghargaan kepada guru-guru yang telah mengabadikan hidupnya kepada dunia pendidikan yang sangat subjektif dan penuh warna-warni di luar jagaan masyarakat di luar sana.
Setiap kali saya menyentuh jiwa pelajar atau klien dalam ceramah dan sesi kaunseling yang saya kendalikan, saya sering mengungkapkan, “Mulakan segalanya dengan niat yang betul serta jiwa yang bersih dan murni, dan segala-galanya akan berjalan dengan lancar seperti anda mahukan.” Setiap kali saya mengungkapkan prinsip ini, saya ingin pelajar yang saya kasihi menghayati dan seterusnya mendapat hikmah di sebalik ungkapan itu. Prinsip inilah yang saya pegang selama ini setelah hampir sedekad memegang amanah guru kaunseling yang saya rasa satu sudut pendidikan yang sungguh mencabar.
Tidak memerlukan kepayahan dan kesukaran tentang komitmen kepada pelajar dan kewajiban sebagai seorang guru kaunseling sekiranya jiwa seorang guru sudah sebati dan tulen(full passion). Apa yang menanti bukannya ganjaran dan pangkat yang diterima merupakan kepuasan optimum tetapi keriangan pelajar-pelajar yang telah berjaya dan mampu mencapai impian hidupnya merupakan satu kepuasan tulen dan sebenarnya dalam kamus keguruan saya. Sukar bagi saya untuk membezakan keutamaan untuk diri dan pelajar kerana hati dan jiwa hanya tenang sekiranya saya tahu pelajar saya selamat dalam perjalanan hidupnya mencari ilmu di sekolah.
Bumi Labuan merupakan destinasi kedua saya untuk melangkah ke helaian baru kamus keguruan saya. Dengan berbekalkan kata-kata dan coretan kasih pelajar-pelajar di bumi Sarawak, saya teruskan tugas yang murni ini di SMK Mutiara. Meskipun suasana berbeza dan memerlukan masa untuk melakukan satu impak sepertimana saya pernah lakukan di bumi Sarawak, saya akan tetap berusaha demi keharmonian institusi gedung ilmu di Labuan.
Sewaktu membaca buku “The Last Lecture” oleh Professor Randy Pausch dari Carnigie Mellon University, kata-kata beliau cukup memberi makna yang mendalam kepada saya iaitu “We cannot change the cards we are dealt, just how we play the hand”. Kata-kata yang baru saya temui ini adalah tambahan kepada ungkapan yang sering ucapkan kepada pelajar saya yang saya kira amat sesuai untuk pelajar di bumi Labuan ini. Sudah pastinya bukan untuk pelajar saja, untuk diri saya juga dalam menggalas jawatan Guru Cemerlang Kaunseling ini. Berat sungguh rasanya tetapi inilah kad kehidupan yang telah ditentukan dan layak saya perolehi dan sekarang menjadi kewajiban saya untuk memainkan peranan bagi memberikan impak yang murni untuk pelajar-pelajar di luar sana.

VERONICA ANAK PETER BALLAK RAGGAN
GURU KAUNSELING SEPENUH MASA
SMK MUTIARA
W.P LABUAN
JULAI 2009

posted under |

0 comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home

Recent News

Falsafah Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling

Bahawasanya setiap murid mempunyai potensi yang boleh digembelingkan secara optimum menerusi pengurusan menyeluruh perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang cekap, berkesan dan beretika dengan berteraskan sumber dalaman dan luaran bagi melahirkan murid yang seimbang dalam aspek intelek, jasmani, emosi dan rohani serta beriman dan beramal soleh.

Piagam Pelanggan U.B.K

1. Menerima semua klien tanpa syarat.

2. Menerima dan melayan klien serta merta.

3. Membina hubungan mesra berasaskan kepercayaan dan tanggungjawab.

4. Memenuhi temujanji klien.

5. Memaklumkan perubahan tarikh atau masa temujanji sekurang-kurangnya sehari sebelum tarikh dan masa yang lain.

6. Melaksanakan program yang dirancang dengan ikhlas dan bertanggungjawab.

TheTalking Dog

Crystal Clock

Visi dan Misi

Visi :Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling

menjadi peneraju utama dalam mewujudkan

suasana yang teraputik dan kondusif

di sekolah menjelang tahun 2010.



Misi : Untuk merealisasikan visi, kami akan memastikan misi berikut dilaksanakan dengan jayanya:

+ Menguruskan program dan aktiviti kaunseling dengan cekap dan berkesan.

+ Melahirkan pelajar yang mempunyai kepintaran emosi (EQ) yang tinggi dan berakhlak mulia.

+ Membimbing pelajar ke arah mencapai prestasi yang tinggi dalam akademik.

+ Mewujudkan suasana pembelajaran yang memberangsangkan melalui program bimbingan dan kaunseling.

+ Memberikan pendidikan kerjaya bersepadu kepada pelajar.

+ Memupuk semangat patriotik dan kualiti kepimpinan di kalangan pelajar

    My playlist

    The Daily Dose (of Ecouragement!)

    Magical Waterfall and Fish Pond

    Followers


Recent Comments