Read and u shall find....


Dapatan dari Inventori Minat Belajar (Ismail, 1991), mendekati angka 100% responden mengaku tidak membaca majalah ilmiah mahupun buku2 non-fiction (walaupun i'm die hard fan of biography books..etc yang sewaktu dengannya)..sungguh tragis hidup kalau tiada minat membaca buku2 seperti yang telah dikelaskan sebagai ilmiah (tapi jangan lah sampai baca buku laras bahasa jurnal, memanglah kepala angin jadinya). I wish my students to read this book.....

posted under | 1 Comments

Gilap Mutiara Minda







PROGRAM KECEMERLANGAN PMR & SPM SMK MUTIARA 2010

TEMA : GILAP MUTIARA MINDA

PENDAHULUAN

Program Kecemerlangan Akademik PMR & SPM merupakan program perdana Unit Akademik SMK Mutiara untuk menggilap potensi meningkatkan pencapaian akademik terutama bagi pelajar kumpulan sederhana dan galus. Penumpuan kepada dua kumpulan sasar ini adalah sejajar dengan objektif sekolah untuk meningkatkan prestasi pencapaian akademik dengan lebih berfokus dan intensif.

OBJEKTIF

1 Meningkatkan prestasi keputusan pencapaian PMR dan SPM secara holistik dengan mengambilkira kumpulan sederhana dan galus.

2 Memberi pendedahan awal kepada kumpulan sasaran yang terlibat untuk meningkatkan pencapaian diri serta memberi anjakan minda bagi memulakan proses persediaan ke arah peperiksaan sebenar.

3 Mendedahkan kepada pelajar cara menjawab soalan setiap subjek teras yang akan diberi penekanan dalam program ini.

4 Memberi input (insight) celik akal kepada kumpulan sederhana dan galus untuk lebih proaktif dalam usaha meningkatkan pencapaian akademik individu.


TARIKH

1 PMR : 13-15 APRIL 2010 (SELASA – KHAMIS)
2 SPM : 6 - 8 MEI 2010 (SELASA – KHAMIS)


SASARAN

Pelajar PMR Sederhana dan Galus
Pelajar SPM Sederhana dan Galus



P/S: Hari pertama perlaksanaan sungguh baik dan boleh dikategorikan "fuzz free". Walaupun proses saringan yang memenatkan, semuanya berbaloi apabila peserta program tiba tepat pada masanya sudah berada di dewan dan makmal bahasa. Malah Cikgu Roziah dari SMK Pantai memuji ketenangan suasana peserta dan perhatian yang diberikan di dewan menaikkan lagi semangat beliau untuk menyampaikan slot BM beliau. Terima kasihlah kepada Unit Peperiksaan dengan kerjasama padu Cikgu Hisham dan Ustazah Siti Sarah yang bertungkus lumus saat akhir memberikan analisis OTI1. Dalam sekali terbenam di bilik UBK saya dan Cikgu Suhaila berjaya menghasilkan list pelajar yang telah disaring dengan teliti mengikut kumpulan sasaran yang dikehendaki dalam keputusan AJK Kurikulum. Terima kasih juga kepada Cikgu Jamatin dan Puan Pengetua sendiri yang turun padang untuk meniup semangat calon PMR ini. Simulasi meja distrukturkan oleh Tn Hj Minggu juga membantu pelajar di dewan untuk bertindak secara individu dan sedar pada tanggungjawab pada diri.

posted under | 0 Comments

Minggu Kerjaya Paling Sukses...











Minggu Kerjaya dibawah Penyelarasan Pn. Sy. Nor Suhaila adalah career week yang paling sukses yang pernah dijalankan oleh UBK, malah experince saya sebagai GBK...Bermula dengan Pelancaran dengan kain rentang yang dihasilkan team padu PSV di bawah sifu terkenal....Cikgu Teo dan Cikgu Jasmini mewarnai tirai pembukaan. Barisan semua PRS telah berjaya membuka booth maklumat kerjaya ..ramai juga pegawai dari JPWPL(secara kebetulan memantau perlaksanaan aktiviti HEM dan UBK sekolah) dan juga pegawai JTK memuji hasil kerja dan maklumat yang dipamerkan oleh PRS SMK Mutiara...sungguh hebat..tahniah putera puteri PRS.. dan juga tidak ketinggalan skuad SLAD yang bzzzzzz melaporkan untuk sisipan produksi akan datang. Meriah sungguh SMK Mutiara minggu itu (5-8 April), ASTRO Learning juga datang bertandang di bawah kelolaan PSS yang menghangatkan lagi pesta ilmu...wah...tak sangka sungguh minggu tersebut boleh jadi gempak. Namun, dalam bergembira, pendedahan yang diberikan oleh personalia jemputan kali ini sangatlah bermakna terutama para pelajar secara langsung bersemuka dengan kerjaya impian mereka,,,,(hanya terkilan sedikit dengan slot JTK..). JTK sepatutnya menyediakan pegawai yang lebih bersesungguh untuk memberikan maklumat kerjaya kepada pelajar yang telah dihimpunkan bukannya hanya untuk mencukupkan syarat memberi latihan public speaking kepada pegawai yang tidak cukup bersedia...sungguh terkilan saya ketika itu. Di sebalik itu, memang saya hargai kesudian mereka menyediakan booth yang menarik di sudut PPDa...ALL IN ALL ..inilah CAREER WEEK paling sukses dalam career saya sebagai gbk...congrat MDM SUHAILA..well done...

posted under | 0 Comments

Motivational lyrics : Dari Dua Mata Yang Mengharap


Masihkah ada harapan......

Song for This Week....Imagine by John Lennon


Imagine there's no heaven
It's easy if you try
No hell below us
Above us only sky

Imagine all the people
Living for today... I...

Imagine there's no countries
It isn't hard to do
Nothing to kill or die for
And no religion too

Imagine all the people
Living life in peace...

Yo-o-o-u,
You may say Im a dreamer
But Im not the only one
I hope some day you'll join us
And the world will live as one

Imagine no possesions
I wonder if you can
No need for greed or hunger
A brotherhood of man

Imagine all the people
Sharing all the world...

Yo-o-o-u,
You may say Im a dreamer
But I'm not the only one
I hope some day you'll join us
And the world will live as one

PS: I wish, i imagine, i dream of....my students always want the best in their life,,,in their decisions, in their path of life... in their choice of living...in their state of mind...in their sense of behaviour...in their way of attitude,...in their vision of tomorrow...in their power to control their own life...wish , imagine..dream...or maybe i just a dreamer anyway....veron2010

posted under | 0 Comments

Takwim Program Mentor Mentee : 1Hati1Mutiara

  • Untuk Rujukan Warga SMK Mutiara (memandangkan keadaan penjimatan kertas rizor, maka takwim tidak dapat diedarkan untuk semua mentee)
TAKWIM PROGRAM MENTOR MENTEE 2010 : 1HATI 1MUTIARA
1
22 Mac
· Unit 1 ‘Rapport’ : Membina hubungan di kalangan ahli kelompok
.
· Menetapkan matlamat kelompok dan peraturan kelompok.
· Membincangkan matlamat peribadi.


2
12 April
· Unit 2 Kemahiran Belajar Asas : Menilai kemahiran belajar sewaktu persediaan untuk OTI1.
· Menganalisis kelebihan dan kelemahan mentee semasa belajar.
· Membincangkan kemahiran membuat jadual belajar peribadi.


3
26 April
· Unit 3 Penilaian Kendiri : Membincangkan perlakuan di bilik darjah ada kaitannya dengan pencapaian dalam peperiksaan.
· Mengenalpasti minat dan kebolehan diri sendiri.


4
10 Mei
· Unit 4 Kemahiran Komunikasi : Membincangkan budi bahasa yang perlu ada pada diri seorang pelajar.
· Menanam adab ketika berkomunikasi dengan orang lain.
· Belajar untuk berkomunikasi dengan berkesan.


5
24 Mei
· Unit 5 Membuat Keputusan
:
· Membincangkan cara kebiasaan individu membuat keputusan.
· Mengingatkan kepada mentee supaya bertanggungjawab kepada keputusan yang telah dibuat.
· Refleksi persediaan peperiksaan semester pertama (OTI2)


6
28 Jun
· Unit 6 Perhubungan Rakan Sebaya
:
· Membina cara positif berinteraksi dengan kawan.
· Membincangkan bagaimana menghindarkan pengaruh negatif rakan sebaya.
· Menjadikan rakan sebaya sebagai rakan belajar.
· Menjadikan mentee mengesan perkembangan dalam pencapaian akademik semasa(OTI2)



7
12 Julai
· Unit 7 Motivasi :
· Belajar menghargai diri dan sikap yang berkait rapat dengan cara membina matlamat hidup.
· Membina matlamat untuk peperiksaan akhir tahun.


8
26 Julai
· Unit 8 Konflik atau Resolusi :

· Membincangkan persediaan cara menghadapi konflik.
· Mengenalpasti konflik yang berkait rapat dengan peringkat perkembangan.


9
9 Ogos
· Unit 9 dan 13 Kesejahteraan dan Keagamaan

· Mengenalpasti apa nilai kesejahteraan dalam diri.
· Menyedari sifat individu yang berisiko tinggi seperti merokok, ponteng, minun arak dan lain-lain.
· Menerangkan nilai-nilai agama yang perlu ada.


10
20 Sept.
· Unit 10:Perkembangan Kerjaya
· Membina peta kerjaya
· Membincangkan usaha ke arah mencapai cita-cita.
· Mengaplikasikan matlamat jangka pendek dalam persediaan menghadapi OT14


11
4 Okt.
SESI KESIMPULAN (Penutupan)
· Merumuskan perkembangan kelompok.
· Membuat refleksi diri dan pencapaian kelompok.
· Sesi Penutupan Perjumpaan.

(Sumber : Modul Mentor Mentee KPM, Mengurus KhidmatBimbingan & Kaunseling Malek Muhamat Said)


posted under | 0 Comments

Pelancaran Mentor Mentee


Berikut adalah templete ringkas perjalanan Perancangan Pelancaran Program Mentor Mentee: 1Hati1Mutiara 2010...

posted under | 0 Comments

1Hati 1Mutiara






Terharu Melihat Semangat Guru SMK Mutiara Mendidik Anak Bangsa....Tahniah!!!!
Di atas adalah sisipan pertemuan pertama yang sempat dirakamkan oleh Bos PRS SMK Mutiara, Kak Nira untuk dijadikan kenangan terindah di pagi yang hening itu,,,thank You God,,tak jugak jadi hujan....cuma sedikit kekecewaan pengurusan UBK buat pertama kalinya (saya sendiri) mengendalikan Mentor Mentee untuk seluruh pelajar (seribu lebih ..huhh...). Now i know ...the experience this time is priceless.....
Program Mentor Mentee : 1Hati1Mutiara diilhamkan oleh Pn. Hjh. Zamzam Pengetua SMK Mutiara untuk merapatkan hubungan harmoni di antara semua guru dan semua pelajar SMK Mutiara..mulanya agak mustahil untuk dilaksanakan ..namun semangat padu dan keprihatinan semua guru telah menjayakan pertemuan pertama ini (22 Mac 2010).
10 kali perjumpaan khas Mentor Mentee ini telah dirancang lebih eksklusif sepanjang bulan Mac sehingga awal Oktober. Saya sempat "mengintip" pertemuan guru dengan pelajar pada pagi itu, walaupun terpaksa mengorbankan masa pertama P&P ( next perjumpaan kita akan urus lebih efisien), ada yang telah mengambil sesi fotografi kelompok...sungguh tinggi semangat cikgu-cikgu dan pelajar yang terlibat...SYABAS....
Satu survey telah dijalankan oleh UBK untuk penetapan tempat perjumpaan bermula pertemuan kedua yang akan dipaparkan minggu depan memastikan pengurusan masa yang lebih efisien dan tidak akan mengganggu masa P&P sekolah.
Terima Kasih Puan Pengetua,,,such a brilliant idea...its may sound impossible but its proved possible because of all the comitted teachers of SMK Mutiara Labuan....

posted under | 0 Comments

Remember the 5Cs

Psychologists, doctors, and others who work with adolescents say kids who adopt the 5 Cs thrive and usually develop a sixth C - contribution to community.

COMPETENCE : Grade are important, of course, but so is competence with interpersonal skills, decision-making and good health, exercise and work habits.

CONFIDENCE : Parents play a crucial role in helping their children develop an internal sense of positive self-worth.

CONNECTION : Well-adjusted teens forge mostly positive bonds with their own families and communities. They contribute to the relationship.

CHARACTER : Thriving teens show respect for other family members, friends and classmate, and cultural norms. They have a sense of what's right and wrong.

CARING : A sense of sympathy and empathy for others.

p/s : Parents and teachers should read this....source from BETTER HOMES sept 2009.

posted under | 0 Comments

Warta Kaunseling Edisi Mac 2010





































posted under | 0 Comments

The CLIMB : Miley Cyrus

The Climb specially to all my students...its not only a Miley Cyrus song ..but its a motivational lyric makes it meaningful.....this i wrote is not the translation but the message in the lyric

I can almost see it (matlamat mesti ditentukan)
That dream I'm dreaming (cita-cita mesti dalam angan-angan)
butThere's a voice inside my head sayin, (tidak yakin pada diri)
You'll never reach it, (takkan capai apa yang dicitakan)
Every step I'm taking, (setiap langkah yang diambil)
Every move I make feels, Lost with no direction (setiap gerak terasa tiada pedoman dan arah)
My faith is shaking but I Got to keep trying (kepercayaan pada diri makin goyah, tapi terus berusaha)
Got to keep my head held high (perlu untuk mendongak tinggi)
There's always going to be another mountain (pasti ada lagi puncak lain)
I'm always going to want to make it move (yang pasti ingin digerakkan)
Always going to be an uphill battle, (pasti akan ada medan perjuangan)
Sometimes you going to have to lose, (kekadang kegagalan menunggu)
Ain't about how fast I get there, (bukan bermakna secepat mana sampai ke sana)
Ain't about what's waiting on the other side (bukan ganjaran yang menunggu di sana)
It's the climb (tapi pendakian bermakna)
The struggles I'm facing, The chances I'm taking (perjuangan ditempuhi, peluang yang diambil)
Sometimes they knock me down but (kekadang tersungkur juga)
No I'm not breaking (tapi takkan BERKECAI)
The pain I'm knowingBut (tahu makna kesakitan)
these are the moments that (pasti ada masanya)
I'm going to remember most yeah(sentiasa diingati)
Just got to keep goingAnd I, (pastikan berusaha)
I got to be strong, Just keep pushing on, (semakin kuat, dan berusaha)
There's always going to be another mountain
I'm always going to want to make it move
Always going to be an uphill battle,
Sometimes you going to have to lose,
Ain't about how fast I get there,
Ain't about what's waiting on the other side
It's the climb
There's always going to be another mountain
I'm always going to want to make it move
Always going to be an uphill battle,
Sometimes you going to have to lose,
Ain't about how fast I get there,
Ain't about what's waiting on the other side
It's the climb
Keep on moving (teruskan perjalanan)
Keep climbing(Teruskan pendakian)
Keep the faith baby (percaya pada diri)
It's all aboutIt's all about
The climb (semuanya tentang pendakian dalam hayat kehidupan)
Keep the faith, Keep your faith (percayalah pada diri.....)

posted under | 0 Comments

FIX YOU by COLDPLAY

C - x32010 Cmaj7 - x32000 Am - 002210 C/G - 320013 F - 133211
Intro: C, Cmaj7, Am, C/G
Verse 1: C Cmaj7 Am C/G
When you try your best, but you don't succeed
C Cmaj7 Am C/G
When you get what you want, but not what you need
C Cmaj7 Am C/G
When you feel so tired, but you can't sleep
C, Cmaj7 ,Am, C/G Stuck in re - ver - se.
Verse 2: C Cmaj7 Am C/G
When the tears come streaming down your face
C Cmaj7 Am C/G
When you lose something you can't replace
C Cmaj7 Am C/G
When you love someone, but it goes to waste
C, Cmaj7 ,Am, C/G
Could it be wo - rse?
(My way of digesting the lyrics: This is the time when everything gone wrong....memang akan ada masanya dalam rencah hidup kita sebagai manusia biasa akan mengalami kegelapan..try so hard..but u don't succeed, but at least u are survive after the great battle in your life..get what u want but not your need..GOD has a greater plan for u..u r tired , still cannot sleep..well ...obviously its not the time for u to sleep but the time u have to struggle till the end..last breath in your down throat..tears streaming down your face just not because u r weak..but u have to let go the burden and its ok sometime u have to sacrifice your mascara...lose something..can't replace..the thing is not good enough for u...u never know that...love someone, goes to waste...well time to move forward ..thanks GOD u r SAVE in His hand..)
Chorus: F G
Lights will gu - ide you home
F G
And ig - nite your bones
F G
And I will try to fix you
Instrumental: C, Cmaj7 ,Am, C/G x 2 ( can be picked to mimic piano)
Verse 3: C Cmaj7 Am C/G
And high up above or down below
C Cmaj7 Am C/G
When you're too in love to let it go
C Cmaj7 Am C/G
If you never try, then you'll never know
C,Cmaj7,Am, C/G
Just what you're wor - th
Chorus: F G
Lights will gu - ide you home
F G
And ig - nite your bones
F G
And I will try to fix you
(Light is our religion that bring us back to our basic..if u had experince it..and u r still breathing..well u r the SURVIVOR..even ..u r by urself...remember..GOD will tell u..I'll fix u...He will never ever leave us...if u never across this hard time..u will never know what is the world is......)...
Bridge: Chords used for bridge only !!! )
C - x32013 ( notice pinky at fret 3) C/G - 320013 G* - 320003
Instrumental - C, C/G , C , C/G , G* x4 C
C/G
Tears stream, down your face
C C/G G*
When you lose something you cannot replace
C C/G
Tears stream down your face
C C/G G*
And I......... C
C/G
Tears stream, down your face
C C/G
G* I promise you that I'll learn from my mistake
s C C/G
Tears stream down your face
C C/G G* And I.........
Final Chorus: (quite slow, sung 1 octave lower)
F G
Lights will gu - ide you home
F G
And ig - nite your bones
F G
C And I will try to fix you

To all my friends and students...this song is dedicated to u all..very intense..full of adventure that really happened in our life.. by teacher veron...

posted under | 0 Comments

Sugar the remedies to release stress...







Sugar our sweetheart...






Orang kata gula itu manis, ada pula kata over manis pun tak baik untuk kesihatan..that happen when my husband rescued a small dalmatian + mongrel puppy across the street... we named her SUGAR...small..full of tick and fleas over her body..erm apa lagi...cintakan binatang punya pasal..unconditionally accept her as a part of the family (macam apply Teori Carl Rogers jer)...frm 2 person..now 3 of us...nearly perfect..whatelse i ask for more...in GOD"S will...now she is 9 months old,,,very energetic and playful puppy...wah..kalau bad mood...ada saja yang akan dicari untuk dijadikan mangsa mainannya...but she also very sentimental puppy..she will know that if i get angry..if i'm sad..if i'm so stress...she always be there to comfort me if her sweet innocent puppy looks...ayoyoyoyoyo..hilang semua stress...so do my husband...clinging closely ..together almost everyday dogwalk and play tug and war..lucu kan...how does our pet such a stress relief remedies...tak payah telan pil or pecah kepala fikir tentang stress at the end of the day...for those who is pet lover or dog lover..do watch Marley and Me...its really reflect our life with our beloved SUGAR....i'm seriously insist ...thanks Sugar..

posted under | 0 Comments

Keanggotaan SLAD SMK Mutiara dibuka....


Do Welcome to our SLAD CLUB....


SLAD SMK Mutiara akan diberi nafaz baru untuk penjenamaan semula (amboi...guna marketing term, why not..). Kali ini ..team yang akan ditubuhkan digelar SKUAD SLAD.. jom..create potensi dalaman anda dan tonjolkan kemahiran interpersonal dan intrapersonal untuk diri anda dan sekaligus berkhidmat untuk sekolah dalam usaha merealisasikan "Sekolah Bebas Dadah Menjelang 2012".. Semangattttt..jangan tak semangat...Ahad ini EXCO SKUAD SLAD akan mempromosikan Produksi Sulung mereka di depan ahli PROSTAR Labuan di Sara Hotel Ahad ni...sudah membuka langkah untuk menyebarkan sayap kebaikan buat Pulau Mutiara tercinta...Go for it...Don't Stop Believing ...when you are spreading a good deeds...kepada semua pelajar SMK Mutiara yang berminat join Skuad SLAD ...please inform Teacher Veron at UBK ok...spread your wings...and you will fly.............

posted under | 0 Comments

Pembuangan Bayi Menjadi-jadi

Isu buang bayi nyata tumbuh kembali. Dahulu ia pernah hangat seketika, kembali senyap tetapi kini semakin menjadi-jadi. Dengan kejadian semakin banyaknya penemuan bayi tidak berdosa, kebanyakannya hanya tinggal jasad, dengan litupan hanyir sampah sarap dan gigitan semut merah.Kita membaca lagi berita mengenai dua mayat bayi ditemui di Pulau Pinang - seorang daripadanya lelaki, ditemui di depan pintu tandas wanita di tingkat satu Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar). Mayat bayi kedua masih masih lagi berdarah, terapung di perangkap sampah dalam kolam Indah Water Konsortium (IWK), berhampiran Pusat Perniagaan Asas Murni Taman Sukun. Perangkaan ibu pejabat polis persekutuan Bukit Aman mendapati 65 kes buang bayi dicatat pada 2000 dan meningkat kepada 83 kes tahun lalu. Selangor mencatatkan angka tertinggi iaitu 22 kes (pada 2000) dan 24 kes (2006). Daripada jumlah tahun lalu, 79 kes membabitkan kes pembuangan bayi yang baru dilahirkan dan empat lagi kes pembuangan janin.Hal Ehwal Wanita dan Mahasiswi (HEWI) Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) memandang serius permasalahan ini kerana ia berkaitan dengan isu wanita dan juga keluarga.
Sekarang masanya untuk kita duduk bersama, bermuhasabah dan membincangkan ketempangan akhlak dan moral yang semakin meruncing dan mengambil tindakan lanjutan untuk menanganinya.Siapa daripada kita yang dapat menyangkal mengenai kepentingan institusi keluarga itu sendiri? Imam Al-Ghazali berkata: "Anak-anak adalah amanah atas ibu bapa, jika dia terbiasa dengan benda yang baik, dia akan membesar dalam kebaikan dan biasa dengannya. Dan jika dibesarkan dalam suasana yang tidak baik, maka menderitalah dia dan binasa." Justeru, penting sekali untuk diingatkan kepada ibu bapa agar mendidik anak-anak dengan baik. Bukanlah isunya “membalas dendam” - sekiranya sewaktu kecil dahulu kita tidak dibesarkan dalam keluarga yang sejahtera – namun berkaitan dengan soal pilihan. Pilihan justeru ada di tangan kita. Pilihlah yang baik dan sejahtera untuk kehidupan kita dan generasi kita selepas ini. Apakah suluhan yang lebih baik daripada cahaya dan panduan agama itu sendiri? Justeru, rujuklah kembali penyelesaian agama dalam membangun sebuah keluarga yang sakinah.Demikian juga tanggungjawab pemerintah dan pihak berwajib. Janganlah kerana terlalu taksub dan teruja dengan situasi politik yang ada sekarang sehingga mengabaikan tugas asasi yang terpikul di bahu masing-masing. Agenda pembangunan ummah dan kebajikan perkara nombor satu yang harus diutamakan. Pada hemat kami, tentulah yang paling dipertanggungjawabkan dan harus cakna mengenai isu ini Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Malah badan-badan bukan kerajaan (NGO), dan persatuan-persatuan yang banyak tumbuh di laman kampus juga harus menggalas tanggungjawab ini - mendidik masyarakat dan juga mahasiswa mengenai bahayanya gejala-gejala sosial seumpama ini. Kami insaf dengan tanggungjawab kami, dan dengan itu kami akan menyokong penuh dan membantu segala cadangan dan gerak kerja yang baik oleh kerajaan dan pihak berwajib.Bagaimanapun, kesedaran seseorang individu tetaplah yang paling utama. Kami menggesa semua pihak, khususnya seluruh wanita Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama, agar sama-sama beringat-ingat dan berjaga-jaga. Jangan lagi sebagai wanita, kita rela dan mudah diperlakukan sewenang-wenangnya. Bukan sedikit kes yang timbul akibat sifat terlalu "mudah percaya" kepada individu-individu yang tidak bertanggungjawab. Kukuhkanlah diri dengan jati diri wanita yang baik dan terpelihara. Kembalilah kepada ajaran agama, nescaya semuanya akan bahagia dan sejahtera.

posted under | 0 Comments

Quotes of the day

1. Success is sweet, the sweeter if long delayed and attained through maulfold struggles and defeats.
2. Much we learn only to forget it again; to stand by the goal, we must traverse all the way to it.
3. Shallow men believe in luck, strong men believe in cause and effect.
4. The secret of all great undertakings is hard work and self-reliance.
5. Great men are the modellers, patterns, and in a wide sense creators, of whatsoever the general mass of men contrived to do and attain.
6. Life is like the dice that, falling, still show a different face. So life, though it remains the same, is always presenting different aspects.
7. Life is a tragedy for those who feel, and a comedy for those who think.
8. One way to get the most out of life isto look upon it as an adventure.
9. Try not to become a man of success but a man of value.
10. First say to yourself what you would be;and then do what you have to do

posted under | 0 Comments

Tiupan Semangat Pencetus Motivasi


GC SATU PENCETUS SEMANGAT MEMBARA.............


Guru Cemerlang; satu pengiktirafan dan penghargaan kepada guru-guru yang telah mengabadikan hidupnya kepada dunia pendidikan yang sangat subjektif dan penuh warna-warni di luar jagaan masyarakat di luar sana.
Setiap kali saya menyentuh jiwa pelajar atau klien dalam ceramah dan sesi kaunseling yang saya kendalikan, saya sering mengungkapkan, “Mulakan segalanya dengan niat yang betul serta jiwa yang bersih dan murni, dan segala-galanya akan berjalan dengan lancar seperti anda mahukan.” Setiap kali saya mengungkapkan prinsip ini, saya ingin pelajar yang saya kasihi menghayati dan seterusnya mendapat hikmah di sebalik ungkapan itu. Prinsip inilah yang saya pegang selama ini setelah hampir sedekad memegang amanah guru kaunseling yang saya rasa satu sudut pendidikan yang sungguh mencabar.
Tidak memerlukan kepayahan dan kesukaran tentang komitmen kepada pelajar dan kewajiban sebagai seorang guru kaunseling sekiranya jiwa seorang guru sudah sebati dan tulen(full passion). Apa yang menanti bukannya ganjaran dan pangkat yang diterima merupakan kepuasan optimum tetapi keriangan pelajar-pelajar yang telah berjaya dan mampu mencapai impian hidupnya merupakan satu kepuasan tulen dan sebenarnya dalam kamus keguruan saya. Sukar bagi saya untuk membezakan keutamaan untuk diri dan pelajar kerana hati dan jiwa hanya tenang sekiranya saya tahu pelajar saya selamat dalam perjalanan hidupnya mencari ilmu di sekolah.
Bumi Labuan merupakan destinasi kedua saya untuk melangkah ke helaian baru kamus keguruan saya. Dengan berbekalkan kata-kata dan coretan kasih pelajar-pelajar di bumi Sarawak, saya teruskan tugas yang murni ini di SMK Mutiara. Meskipun suasana berbeza dan memerlukan masa untuk melakukan satu impak sepertimana saya pernah lakukan di bumi Sarawak, saya akan tetap berusaha demi keharmonian institusi gedung ilmu di Labuan.
Sewaktu membaca buku “The Last Lecture” oleh Professor Randy Pausch dari Carnigie Mellon University, kata-kata beliau cukup memberi makna yang mendalam kepada saya iaitu “We cannot change the cards we are dealt, just how we play the hand”. Kata-kata yang baru saya temui ini adalah tambahan kepada ungkapan yang sering ucapkan kepada pelajar saya yang saya kira amat sesuai untuk pelajar di bumi Labuan ini. Sudah pastinya bukan untuk pelajar saja, untuk diri saya juga dalam menggalas jawatan Guru Cemerlang Kaunseling ini. Berat sungguh rasanya tetapi inilah kad kehidupan yang telah ditentukan dan layak saya perolehi dan sekarang menjadi kewajiban saya untuk memainkan peranan bagi memberikan impak yang murni untuk pelajar-pelajar di luar sana.

VERONICA ANAK PETER BALLAK RAGGAN
GURU KAUNSELING SEPENUH MASA
SMK MUTIARA
W.P LABUAN
JULAI 2009

posted under | 0 Comments

Asam garam GBK


CERITA SAYA : ORIENTASI TINGKATAN SATU, SATU CHAPTER DALAM HIDUP GBK


Membuka pagar sekolah setiap tahun bermula setiap semester baru merupakan kewajiban Guru Kaunseling sekiranya berkhidmat di sekolah berasrama di kawasan pedalaman. Suasana hening dan tenang di perkarangan sekolah kembali gamat dengan kehadiran wajah-wajah baru yang akan menjadi sebahagian kelompok besar klien UBK untuk tahun itu. Orientasi Tingkatan Satu dibuat secara khas sebelum bermulanya minggu sekolah berlangsung.
Maka secara rasminya saya tidak pernah merasa menyambut Tahun Baru (2002-2008) bersama keluarga tercinta kerana sekolah jauh terletak di kawasan pedalaman. Namun hati saya tidak juga merasa kekurangan, mungkin kerana kehadiran pelajar-pelajar serta pengawas dan PRS mengisi kemelut jiwa ingin bersama keluarga.
Seperti biasa pada pagi itu, saya hanya memantau kumpulan pengawas dan PRS yang telah dilatih khas mengendalikan Program Orientasi Tingkatan Satu. Melihat wajah-wajah mereka membuatkan jiwa seorang guru tenang dan puas. Tenang kerana melihat mereka selamat di sekolah, puas kerana merasai kegirangan mereka berada dalam suasana baru. Terdapat seorang pelajar perempuan datang dengan sebuat beg kecil sahaja. Saya pun hairan kerana mana cukup beg sekecil itu dimuatkan pakaian untuk beberapa mingguberada di sekolah. Jadi saya dengan pengawas yang bertugas meminta persetujuan untuk memeriksa beg pelajar tersebut. Didapati semuanya dalam satu helai (baju t sehelai, baju sekolah sehelai, seluar panjang sehelai dan segala-galanya sehelai). Bederau juga rasanya melihat keperitan hidup pelajar itu, namun saya cuba untuk bertahan supaya tak kelihatan emosi saya terguris pilu. Saya bawa pelajar itu di bawah jagaan khas oleh PRS supaya dia tidak merasa serba kekurangan. Hampir tengah malam baru saya kembali ke flat guru dan terus saya membuka almari untuk melihat baju-baju yang tidak muat untuk dipakai untuk diberikan kepada pelajar itu keesokkan harinya dan payah juga saya mencari kerana tiada baju yang kecil sepert saiz pelajar itu.
Pada malam seterusnya pula, pengawas dan PRS melaporkan tahap kesihatan, didapati ramai pelajar yang sakit perut pada malam pertama itu. Saya dengan guru kaunseling yang lain cuba untuk mengenalpasti pelajar-pelajar ini. Memandangkan kes sakit perut ini saya pandang serius. Saya dengan bantuan pengawas dan PRS membuat satu slot dari hati ke hati bersama lebih 350 orang pelajar Tingkatan Satu malam itu. Ketika melihat seramai lebih 30 orang yang sakit perut malam itu, saya cuba mendekati dan memainkan peranan seolah-olah perbualan ibu kepada anak-anak kecil. Mereka memberitahu saya, mereka bukannya sakit perut kerana tidak makan ataupun keracunan makanan dewan sekolah tetapi sakit perut keranan terlebih makan. Satu lagi kenyataan yang memilukan yang saya terpaksa hadapi ketika bersama-sama wajah-wajah muda ini.
Genap 7 kali tanpa menyambut Tahun Baru bersama keluarga, tapi Tahun Baru 2009 ini saya sambut bersama kelauraga dan suami tercinta. Rasa macam satu kekurangan pula kerana selama ini Tahun Baru dihias dengan wajah anak-anak muda Tingkatan Satu yang belum mengerti apa-apa. Namun di hati sempat berkata sewaktu berdoa untuk sambutan tahun baru, diharap tahun ini merupakan tahun yang membahagiakan dan sejahtera dalam mengharungi situasi baru dengan cabaran serta strategi baru menghadapi pelajar yang berbeza di bumi Labuan . Mencabar macam mana sekalipun situasi yang saya harungi di tempat baru, saya perlu rasa bersyukur dengan kehidupan yang telah ditakdirkan kerana saya pernah bersama anak-anak murid yang serba kekurangan dan hidup susah. Walaupun berada di tempat baru, pelajar-pelajar ini masih menghubungi dan mengkhabarkan berita gembira tentang kemajuan dan kejayaan mereka dalam pelajaran dan hidup. Bahagia rasanya bila melihat semula, anak kecil yang dulunya dengan baju lusuh bila datang ke sekolah atau tidak sekalipun pernah menjamah hidangan yang lengkap sudah berada di Tingkatan Enam malah ada yang masuk ke Matrikulasi Labuan. Ya, sudah pasti mereka tidak pernah melupakan saya, wajah pertama yang mereka kenali sewaktu mereka menjejak kaki ke sekolah menengah. Itulah nikmat menjadi seorang guru kaunseling.



TINTA KAUNSELOR,
VERONICA PETER BALLAK
SMK MUTIARA
W.P LABUAN..

posted under | 0 Comments

PRODUKSI SLAD











posted under | 0 Comments

Warta Kaunseling Edisi 1/2010




posted under | 0 Comments

Inspirational Quotes

1. I've learned not to hate, not to blame, not to envy and not to criticize but to appreciate what god has in store for me.
2. When we serve others, we serve ourselves. Do not think, I will help others — think rather, I will help my own, my world, because I cannot otherwise be happy."
3. When you speak from your heart, and say the words your soul has only dared to whisper, that's when miracles happen."
4. God can only be of service to me and I to him, not in the past, nor in the future, but only right now in this moment."
5. You are never alone - God is always available - there is no need to place a call and get a busy signal or find that no one is at home, send an email, and get no response, twitter, join facebook or send a text - He hears you wherever you are either vocally or from your heart. He is the best Friend you will ever have."
6. If you smile, it's good; it means you are thinking about god. But if you make a crying person laugh.
7. We can't catch kindness in a net or a gun. When kindness is given to you, it's by choice. One must adopt an attitude of gratitude."
8. Closing a chapter in your book of life states that you have grown in certain areas of your life. It shows you that you are ready for some new challenges & new growth. You may experience some pain and memories, but the pain and memories have now turned into wisdom. So now, apply your new growth, new challenges, and wisdom to another chapter of your life and create new memories.
9. Time is God. It's not time who heals our wounds, it's GOD who does it for all
10. Destiny is not what is there in your hands. Destiny is what you decide to do with your hands.

posted under | 0 Comments

Merasmikan Blog yang pertama

8.46pagi dengan rasminya blog ini telah dilancarkan...
:) :)

posted under | 0 Comments
Newer Posts Home

Recent News

Falsafah Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling

Bahawasanya setiap murid mempunyai potensi yang boleh digembelingkan secara optimum menerusi pengurusan menyeluruh perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang cekap, berkesan dan beretika dengan berteraskan sumber dalaman dan luaran bagi melahirkan murid yang seimbang dalam aspek intelek, jasmani, emosi dan rohani serta beriman dan beramal soleh.

Piagam Pelanggan U.B.K

1. Menerima semua klien tanpa syarat.

2. Menerima dan melayan klien serta merta.

3. Membina hubungan mesra berasaskan kepercayaan dan tanggungjawab.

4. Memenuhi temujanji klien.

5. Memaklumkan perubahan tarikh atau masa temujanji sekurang-kurangnya sehari sebelum tarikh dan masa yang lain.

6. Melaksanakan program yang dirancang dengan ikhlas dan bertanggungjawab.

TheTalking Dog

Crystal Clock

Visi dan Misi

Visi :Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling

menjadi peneraju utama dalam mewujudkan

suasana yang teraputik dan kondusif

di sekolah menjelang tahun 2010.



Misi : Untuk merealisasikan visi, kami akan memastikan misi berikut dilaksanakan dengan jayanya:

+ Menguruskan program dan aktiviti kaunseling dengan cekap dan berkesan.

+ Melahirkan pelajar yang mempunyai kepintaran emosi (EQ) yang tinggi dan berakhlak mulia.

+ Membimbing pelajar ke arah mencapai prestasi yang tinggi dalam akademik.

+ Mewujudkan suasana pembelajaran yang memberangsangkan melalui program bimbingan dan kaunseling.

+ Memberikan pendidikan kerjaya bersepadu kepada pelajar.

+ Memupuk semangat patriotik dan kualiti kepimpinan di kalangan pelajar

    My playlist

    The Daily Dose (of Ecouragement!)

    Magical Waterfall and Fish Pond

    Followers


Recent Comments