1Hati 1Mutiara






Terharu Melihat Semangat Guru SMK Mutiara Mendidik Anak Bangsa....Tahniah!!!!
Di atas adalah sisipan pertemuan pertama yang sempat dirakamkan oleh Bos PRS SMK Mutiara, Kak Nira untuk dijadikan kenangan terindah di pagi yang hening itu,,,thank You God,,tak jugak jadi hujan....cuma sedikit kekecewaan pengurusan UBK buat pertama kalinya (saya sendiri) mengendalikan Mentor Mentee untuk seluruh pelajar (seribu lebih ..huhh...). Now i know ...the experience this time is priceless.....
Program Mentor Mentee : 1Hati1Mutiara diilhamkan oleh Pn. Hjh. Zamzam Pengetua SMK Mutiara untuk merapatkan hubungan harmoni di antara semua guru dan semua pelajar SMK Mutiara..mulanya agak mustahil untuk dilaksanakan ..namun semangat padu dan keprihatinan semua guru telah menjayakan pertemuan pertama ini (22 Mac 2010).
10 kali perjumpaan khas Mentor Mentee ini telah dirancang lebih eksklusif sepanjang bulan Mac sehingga awal Oktober. Saya sempat "mengintip" pertemuan guru dengan pelajar pada pagi itu, walaupun terpaksa mengorbankan masa pertama P&P ( next perjumpaan kita akan urus lebih efisien), ada yang telah mengambil sesi fotografi kelompok...sungguh tinggi semangat cikgu-cikgu dan pelajar yang terlibat...SYABAS....
Satu survey telah dijalankan oleh UBK untuk penetapan tempat perjumpaan bermula pertemuan kedua yang akan dipaparkan minggu depan memastikan pengurusan masa yang lebih efisien dan tidak akan mengganggu masa P&P sekolah.
Terima Kasih Puan Pengetua,,,such a brilliant idea...its may sound impossible but its proved possible because of all the comitted teachers of SMK Mutiara Labuan....

posted under |

0 comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home

Recent News

Falsafah Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling

Bahawasanya setiap murid mempunyai potensi yang boleh digembelingkan secara optimum menerusi pengurusan menyeluruh perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang cekap, berkesan dan beretika dengan berteraskan sumber dalaman dan luaran bagi melahirkan murid yang seimbang dalam aspek intelek, jasmani, emosi dan rohani serta beriman dan beramal soleh.

Piagam Pelanggan U.B.K

1. Menerima semua klien tanpa syarat.

2. Menerima dan melayan klien serta merta.

3. Membina hubungan mesra berasaskan kepercayaan dan tanggungjawab.

4. Memenuhi temujanji klien.

5. Memaklumkan perubahan tarikh atau masa temujanji sekurang-kurangnya sehari sebelum tarikh dan masa yang lain.

6. Melaksanakan program yang dirancang dengan ikhlas dan bertanggungjawab.

TheTalking Dog

Crystal Clock

Visi dan Misi

Visi :Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling

menjadi peneraju utama dalam mewujudkan

suasana yang teraputik dan kondusif

di sekolah menjelang tahun 2010.



Misi : Untuk merealisasikan visi, kami akan memastikan misi berikut dilaksanakan dengan jayanya:

+ Menguruskan program dan aktiviti kaunseling dengan cekap dan berkesan.

+ Melahirkan pelajar yang mempunyai kepintaran emosi (EQ) yang tinggi dan berakhlak mulia.

+ Membimbing pelajar ke arah mencapai prestasi yang tinggi dalam akademik.

+ Mewujudkan suasana pembelajaran yang memberangsangkan melalui program bimbingan dan kaunseling.

+ Memberikan pendidikan kerjaya bersepadu kepada pelajar.

+ Memupuk semangat patriotik dan kualiti kepimpinan di kalangan pelajar

    My playlist

    The Daily Dose (of Ecouragement!)

    Magical Waterfall and Fish Pond

    Followers


Recent Comments