Takwim Program Mentor Mentee : 1Hati1Mutiara

  • Untuk Rujukan Warga SMK Mutiara (memandangkan keadaan penjimatan kertas rizor, maka takwim tidak dapat diedarkan untuk semua mentee)
TAKWIM PROGRAM MENTOR MENTEE 2010 : 1HATI 1MUTIARA
1
22 Mac
· Unit 1 ‘Rapport’ : Membina hubungan di kalangan ahli kelompok
.
· Menetapkan matlamat kelompok dan peraturan kelompok.
· Membincangkan matlamat peribadi.


2
12 April
· Unit 2 Kemahiran Belajar Asas : Menilai kemahiran belajar sewaktu persediaan untuk OTI1.
· Menganalisis kelebihan dan kelemahan mentee semasa belajar.
· Membincangkan kemahiran membuat jadual belajar peribadi.


3
26 April
· Unit 3 Penilaian Kendiri : Membincangkan perlakuan di bilik darjah ada kaitannya dengan pencapaian dalam peperiksaan.
· Mengenalpasti minat dan kebolehan diri sendiri.


4
10 Mei
· Unit 4 Kemahiran Komunikasi : Membincangkan budi bahasa yang perlu ada pada diri seorang pelajar.
· Menanam adab ketika berkomunikasi dengan orang lain.
· Belajar untuk berkomunikasi dengan berkesan.


5
24 Mei
· Unit 5 Membuat Keputusan
:
· Membincangkan cara kebiasaan individu membuat keputusan.
· Mengingatkan kepada mentee supaya bertanggungjawab kepada keputusan yang telah dibuat.
· Refleksi persediaan peperiksaan semester pertama (OTI2)


6
28 Jun
· Unit 6 Perhubungan Rakan Sebaya
:
· Membina cara positif berinteraksi dengan kawan.
· Membincangkan bagaimana menghindarkan pengaruh negatif rakan sebaya.
· Menjadikan rakan sebaya sebagai rakan belajar.
· Menjadikan mentee mengesan perkembangan dalam pencapaian akademik semasa(OTI2)



7
12 Julai
· Unit 7 Motivasi :
· Belajar menghargai diri dan sikap yang berkait rapat dengan cara membina matlamat hidup.
· Membina matlamat untuk peperiksaan akhir tahun.


8
26 Julai
· Unit 8 Konflik atau Resolusi :

· Membincangkan persediaan cara menghadapi konflik.
· Mengenalpasti konflik yang berkait rapat dengan peringkat perkembangan.


9
9 Ogos
· Unit 9 dan 13 Kesejahteraan dan Keagamaan

· Mengenalpasti apa nilai kesejahteraan dalam diri.
· Menyedari sifat individu yang berisiko tinggi seperti merokok, ponteng, minun arak dan lain-lain.
· Menerangkan nilai-nilai agama yang perlu ada.


10
20 Sept.
· Unit 10:Perkembangan Kerjaya
· Membina peta kerjaya
· Membincangkan usaha ke arah mencapai cita-cita.
· Mengaplikasikan matlamat jangka pendek dalam persediaan menghadapi OT14


11
4 Okt.
SESI KESIMPULAN (Penutupan)
· Merumuskan perkembangan kelompok.
· Membuat refleksi diri dan pencapaian kelompok.
· Sesi Penutupan Perjumpaan.

(Sumber : Modul Mentor Mentee KPM, Mengurus KhidmatBimbingan & Kaunseling Malek Muhamat Said)


posted under |

0 comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home

Recent News

Falsafah Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling

Bahawasanya setiap murid mempunyai potensi yang boleh digembelingkan secara optimum menerusi pengurusan menyeluruh perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang cekap, berkesan dan beretika dengan berteraskan sumber dalaman dan luaran bagi melahirkan murid yang seimbang dalam aspek intelek, jasmani, emosi dan rohani serta beriman dan beramal soleh.

Piagam Pelanggan U.B.K

1. Menerima semua klien tanpa syarat.

2. Menerima dan melayan klien serta merta.

3. Membina hubungan mesra berasaskan kepercayaan dan tanggungjawab.

4. Memenuhi temujanji klien.

5. Memaklumkan perubahan tarikh atau masa temujanji sekurang-kurangnya sehari sebelum tarikh dan masa yang lain.

6. Melaksanakan program yang dirancang dengan ikhlas dan bertanggungjawab.

TheTalking Dog

Crystal Clock

Visi dan Misi

Visi :Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling

menjadi peneraju utama dalam mewujudkan

suasana yang teraputik dan kondusif

di sekolah menjelang tahun 2010.



Misi : Untuk merealisasikan visi, kami akan memastikan misi berikut dilaksanakan dengan jayanya:

+ Menguruskan program dan aktiviti kaunseling dengan cekap dan berkesan.

+ Melahirkan pelajar yang mempunyai kepintaran emosi (EQ) yang tinggi dan berakhlak mulia.

+ Membimbing pelajar ke arah mencapai prestasi yang tinggi dalam akademik.

+ Mewujudkan suasana pembelajaran yang memberangsangkan melalui program bimbingan dan kaunseling.

+ Memberikan pendidikan kerjaya bersepadu kepada pelajar.

+ Memupuk semangat patriotik dan kualiti kepimpinan di kalangan pelajar

    My playlist

    The Daily Dose (of Ecouragement!)

    Magical Waterfall and Fish Pond

    Followers


Recent Comments