Gilap Mutiara Minda







PROGRAM KECEMERLANGAN PMR & SPM SMK MUTIARA 2010

TEMA : GILAP MUTIARA MINDA

PENDAHULUAN

Program Kecemerlangan Akademik PMR & SPM merupakan program perdana Unit Akademik SMK Mutiara untuk menggilap potensi meningkatkan pencapaian akademik terutama bagi pelajar kumpulan sederhana dan galus. Penumpuan kepada dua kumpulan sasar ini adalah sejajar dengan objektif sekolah untuk meningkatkan prestasi pencapaian akademik dengan lebih berfokus dan intensif.

OBJEKTIF

1 Meningkatkan prestasi keputusan pencapaian PMR dan SPM secara holistik dengan mengambilkira kumpulan sederhana dan galus.

2 Memberi pendedahan awal kepada kumpulan sasaran yang terlibat untuk meningkatkan pencapaian diri serta memberi anjakan minda bagi memulakan proses persediaan ke arah peperiksaan sebenar.

3 Mendedahkan kepada pelajar cara menjawab soalan setiap subjek teras yang akan diberi penekanan dalam program ini.

4 Memberi input (insight) celik akal kepada kumpulan sederhana dan galus untuk lebih proaktif dalam usaha meningkatkan pencapaian akademik individu.


TARIKH

1 PMR : 13-15 APRIL 2010 (SELASA – KHAMIS)
2 SPM : 6 - 8 MEI 2010 (SELASA – KHAMIS)


SASARAN

Pelajar PMR Sederhana dan Galus
Pelajar SPM Sederhana dan Galus



P/S: Hari pertama perlaksanaan sungguh baik dan boleh dikategorikan "fuzz free". Walaupun proses saringan yang memenatkan, semuanya berbaloi apabila peserta program tiba tepat pada masanya sudah berada di dewan dan makmal bahasa. Malah Cikgu Roziah dari SMK Pantai memuji ketenangan suasana peserta dan perhatian yang diberikan di dewan menaikkan lagi semangat beliau untuk menyampaikan slot BM beliau. Terima kasihlah kepada Unit Peperiksaan dengan kerjasama padu Cikgu Hisham dan Ustazah Siti Sarah yang bertungkus lumus saat akhir memberikan analisis OTI1. Dalam sekali terbenam di bilik UBK saya dan Cikgu Suhaila berjaya menghasilkan list pelajar yang telah disaring dengan teliti mengikut kumpulan sasaran yang dikehendaki dalam keputusan AJK Kurikulum. Terima kasih juga kepada Cikgu Jamatin dan Puan Pengetua sendiri yang turun padang untuk meniup semangat calon PMR ini. Simulasi meja distrukturkan oleh Tn Hj Minggu juga membantu pelajar di dewan untuk bertindak secara individu dan sedar pada tanggungjawab pada diri.

posted under |

0 comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home

Recent News

Falsafah Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling

Bahawasanya setiap murid mempunyai potensi yang boleh digembelingkan secara optimum menerusi pengurusan menyeluruh perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang cekap, berkesan dan beretika dengan berteraskan sumber dalaman dan luaran bagi melahirkan murid yang seimbang dalam aspek intelek, jasmani, emosi dan rohani serta beriman dan beramal soleh.

Piagam Pelanggan U.B.K

1. Menerima semua klien tanpa syarat.

2. Menerima dan melayan klien serta merta.

3. Membina hubungan mesra berasaskan kepercayaan dan tanggungjawab.

4. Memenuhi temujanji klien.

5. Memaklumkan perubahan tarikh atau masa temujanji sekurang-kurangnya sehari sebelum tarikh dan masa yang lain.

6. Melaksanakan program yang dirancang dengan ikhlas dan bertanggungjawab.

TheTalking Dog

There was an error in this gadget

Crystal Clock

Visi dan Misi

Visi :Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling

menjadi peneraju utama dalam mewujudkan

suasana yang teraputik dan kondusif

di sekolah menjelang tahun 2010.



Misi : Untuk merealisasikan visi, kami akan memastikan misi berikut dilaksanakan dengan jayanya:

+ Menguruskan program dan aktiviti kaunseling dengan cekap dan berkesan.

+ Melahirkan pelajar yang mempunyai kepintaran emosi (EQ) yang tinggi dan berakhlak mulia.

+ Membimbing pelajar ke arah mencapai prestasi yang tinggi dalam akademik.

+ Mewujudkan suasana pembelajaran yang memberangsangkan melalui program bimbingan dan kaunseling.

+ Memberikan pendidikan kerjaya bersepadu kepada pelajar.

+ Memupuk semangat patriotik dan kualiti kepimpinan di kalangan pelajar

    My playlist

    The Daily Dose (of Ecouragement!)

    Magical Waterfall and Fish Pond

    Followers


Recent Comments