Minggu Kerjaya Paling Sukses...











Minggu Kerjaya dibawah Penyelarasan Pn. Sy. Nor Suhaila adalah career week yang paling sukses yang pernah dijalankan oleh UBK, malah experince saya sebagai GBK...Bermula dengan Pelancaran dengan kain rentang yang dihasilkan team padu PSV di bawah sifu terkenal....Cikgu Teo dan Cikgu Jasmini mewarnai tirai pembukaan. Barisan semua PRS telah berjaya membuka booth maklumat kerjaya ..ramai juga pegawai dari JPWPL(secara kebetulan memantau perlaksanaan aktiviti HEM dan UBK sekolah) dan juga pegawai JTK memuji hasil kerja dan maklumat yang dipamerkan oleh PRS SMK Mutiara...sungguh hebat..tahniah putera puteri PRS.. dan juga tidak ketinggalan skuad SLAD yang bzzzzzz melaporkan untuk sisipan produksi akan datang. Meriah sungguh SMK Mutiara minggu itu (5-8 April), ASTRO Learning juga datang bertandang di bawah kelolaan PSS yang menghangatkan lagi pesta ilmu...wah...tak sangka sungguh minggu tersebut boleh jadi gempak. Namun, dalam bergembira, pendedahan yang diberikan oleh personalia jemputan kali ini sangatlah bermakna terutama para pelajar secara langsung bersemuka dengan kerjaya impian mereka,,,,(hanya terkilan sedikit dengan slot JTK..). JTK sepatutnya menyediakan pegawai yang lebih bersesungguh untuk memberikan maklumat kerjaya kepada pelajar yang telah dihimpunkan bukannya hanya untuk mencukupkan syarat memberi latihan public speaking kepada pegawai yang tidak cukup bersedia...sungguh terkilan saya ketika itu. Di sebalik itu, memang saya hargai kesudian mereka menyediakan booth yang menarik di sudut PPDa...ALL IN ALL ..inilah CAREER WEEK paling sukses dalam career saya sebagai gbk...congrat MDM SUHAILA..well done...

posted under |

0 comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home

Recent News

Falsafah Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling

Bahawasanya setiap murid mempunyai potensi yang boleh digembelingkan secara optimum menerusi pengurusan menyeluruh perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang cekap, berkesan dan beretika dengan berteraskan sumber dalaman dan luaran bagi melahirkan murid yang seimbang dalam aspek intelek, jasmani, emosi dan rohani serta beriman dan beramal soleh.

Piagam Pelanggan U.B.K

1. Menerima semua klien tanpa syarat.

2. Menerima dan melayan klien serta merta.

3. Membina hubungan mesra berasaskan kepercayaan dan tanggungjawab.

4. Memenuhi temujanji klien.

5. Memaklumkan perubahan tarikh atau masa temujanji sekurang-kurangnya sehari sebelum tarikh dan masa yang lain.

6. Melaksanakan program yang dirancang dengan ikhlas dan bertanggungjawab.

TheTalking Dog

Crystal Clock

Visi dan Misi

Visi :Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling

menjadi peneraju utama dalam mewujudkan

suasana yang teraputik dan kondusif

di sekolah menjelang tahun 2010.



Misi : Untuk merealisasikan visi, kami akan memastikan misi berikut dilaksanakan dengan jayanya:

+ Menguruskan program dan aktiviti kaunseling dengan cekap dan berkesan.

+ Melahirkan pelajar yang mempunyai kepintaran emosi (EQ) yang tinggi dan berakhlak mulia.

+ Membimbing pelajar ke arah mencapai prestasi yang tinggi dalam akademik.

+ Mewujudkan suasana pembelajaran yang memberangsangkan melalui program bimbingan dan kaunseling.

+ Memberikan pendidikan kerjaya bersepadu kepada pelajar.

+ Memupuk semangat patriotik dan kualiti kepimpinan di kalangan pelajar

    My playlist

    The Daily Dose (of Ecouragement!)

    Magical Waterfall and Fish Pond

    Followers


Recent Comments